Monday, July 28, 2008

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2008 KELOLAAN JABATAN PERKHIDMATAN

Received by email.
Vj
____________________________________________________________________________________

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008
bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam
dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-
undang.

Tarikh Tutup 6 Ogos 2008
Kursus Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008 Kelolaan Jabatan
Perkhidmatan Awam Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam
Rujukan Lampiran (maklumat penuh)
<http://www.jpa.gov.my/docs/tkp/tkp2008/k22/Lampiran.pdf>
Kategori Warganegara Malaysia sahaja

Syarat-syarat Permohonan Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah
seperti
berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh
Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau
yang setaraf dengannya;
4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan
atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam
tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam,
pemohon
hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96
(Pin.1/2003)
<http://www.jpa.gov.my/docs/blatihan/JPALDP_1B96.pdf> dengan
pengesahan
markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2005, 2006 dan 2007).
Tempat Universiti Terkemuka (Dalam dan Luar Negara)
Tempoh Ph.D ( 3 tahun ) Sarjana ( 1 - 2 tahun )
Dokumen Permohonan
* Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
<http://www.jpa.gov.my/docs/blatihan/Borang_YDPAgong.xls>
* JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003)
<http://www.jpa.gov.my/docs/blatihan/JPALDP_1B96.pdf> (Perlu diisi
oleh
Kakitangan Perkhidmatan Awam Sahaja)

Pegawai Bertanggungjawab Cik Halila Faiza Zainal Abidin
Tel: 03-8885 3419 Faks: 03-88892171 Emel: ldp@jpa.gov.my

Artikel ini dikirim pada hari Selasa, Julai 8th, 2008, 10:25 am dan
difailkan di bawah Tajaan & Latihan
<http://www.jpa.gov.my/kategori/perkhidmatan-teras/tajaan-latihan/> .
Anda
boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS
2.0
<http://www.jpa.gov.my/2008/07/826/feed/> .
Artikel berkaitan:
* 30 Jun 2008 -- Tawaran Biasiswa Dalam Negara Bagi Sesi 2008/2009
<http://www.jpa.gov.my/2008/06/798/>
* 28 September 2004 -- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2004
<http://www.jpa.gov.my/2004/09/441/>

No comments: