Sunday, October 5, 2008

HINDRAF buat kecoh???: Utusan Kurang Ajar

Memang kurang ajar akhbar Utusan Malaysia dan mereka-mereka yang menuduh Hindraf bertindak agresif di majlis terbuka PM.

Saya cabar mereka bersumpah atas “kitab” suci mereka, betulkah Hindraf bertindak keterlaluan di majlis raya berkenaan?

Kerajaan BN Umno mesti ingat bahawa Hindraf telah sebati di dalam jiwa masyarakat India sebagai kumpulan yang memperjuangkan hak-hak orang India dan hak asasi manusia di Malaysia. Sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada mereka adalah juga serangan kepada masyarakat India di Malaysia.

Saya harap BN sedar bahawa mereka semakin dibenci oleh rakyat kerana sikap keangkuhan mereka. Serangan media yang tidak berasas seperti akbhar Utusan Malaysia yang berselindung disebalik UMNO hanya akan memudaratkan keamanan Negara.

Utusan Malaysia harus dibatalkan lesennya serta merta. Sejak dahulu hingga sekarang akbhar ini memang cukup kurang ajar. Mereka sering memainkan sentimen perkauman dan agama untuk mencapai agenda mereka. Kita boleh ibaratkan akbar ini seperti “Duri Dalam Daging”, akbhar yang hanya merosakkan imej orang-orang melayu. Mereka berpura-pura memperjuangkan hak orang melayu tetapi sebenarnya adalah senjata media UMNO untuk memutar-belitkan kebenaran dan menipu rakyat agar terus dapat mengondol kekayaan Negara dan menjaga kepentingan sendiri. Saya berharap orang-orang melayu tidak termakan akan penipuan-penipuan yang ditulis oleh akhbar seperti Utusan ini.

Saya juga kesal kerana banyak Ngos dan individu hanya mengertak untuk menyaman akbar Utusan Malaysia ini tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan yang konkrit. Saya berharap mereka yang ingin mengambil tindakan ke atas akbhar ini tidak hanya melepaskan batuk ditangga tetapi mengambil tindakan segera sebelum terlambat. Pada perkiraan saya, akbar ini membahayakan keselamatan Negara dan perlu dihentikan segera aktiviti-aktiviti mereka yang menggugat kesejahteraan Negara.


No comments: