Thursday, November 6, 2008

Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial haruslah kena pada tempatnya. Bukan di gunakan sewenang-wenangnya. Tak akan petani berbangsa Melayu nak jadi Tuan kepada seorang lawyer berbangsa Cina. Kita mesti bethati-hati menggunakan perkataan 'tuan'. Bila tuan wujud maka hamba juga wujud. So siapa sebenarnya hamba?

Ketuanan Melayu bermaksud semua rakyat Malaysia menerima Sultan dan Raja-raja Melayu sebagai Raja mereka. Raja-raja Melayu adalah raja bagi semua kaum di Malaysia. Selain daripada Sultan dan Raja-raja Melayu yang lain lain itu sama sahajalah. Macam PM kita yang mengatakan bahawa semua pun boleh jadi PM jika dipilih rakyat.

Kontrak Sosial pula haruslah ada hadnya. Yang membuatkan semua rakyat kecewa adalah hak-hak asasi kaum-kaum lain di Malaysia telah dicabuli dari semua segi atas nama hak istimewa. Jika Malaysia ingin meneruskan kontrak sosial sistem qouta harus diperkenalkan semula dan pastikan ia dipenuhi. Contohnya pengambilan pelajar IPT, jika 6000 pelajar diambil 10% atau 600 mestilah pelajar india, bukan seperti sebelum ini jika intake 6000, 60 sahaja pelajar india. Jika semua hak yang termaktub didalam perlembagaan bagi kaum minoriti dipenuhi saya rasa tiada siapapun nak pertikaikan atau persoalkan Hak Istimewa kaum bumiputera. Salah siapa ini???

Perlembagaan juga tidak boleh diubah kerana ia adalah asas pembentukan Malaysia.

No comments: