Tuesday, November 4, 2008

SAMAN KERAJAAN PULAU PINANG???



Tindakan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang menyaman kerajaan Pulau Pinang adalah satu tindakan BODOH.

Saya tidak faham bagaimana maruah orang Melayu tercalar jika papan tanda di pasang didalam pelbagai bahasa? Mana ada dalam perlembagaan mengatakan papan tanda di Malaysia mestilah ditulis di dalam bahasa Melayu? Bukan kah bodoh namanya tu?

Saya juga hairan mengapa papan tanda ditulis di dalam bahasa jawi? Adakah tulisan Jawi tulisan rasmi Malaysia dan dinyatakan dalam perlembagaan? Jika tulisan rasmi kenapa tidak semua rakyat Malaysia diwajibkan mempelajari tulisan Jawi sperti mana Bahasa Melayu diwajibkan??? Sekurang-kurangnya kami the non-malays boleh baca apa yang tertulis dalam Jawi tu.

Jika papan tanda mesti dalam bahasa Melayu kenapa banyak taman-taman dan jalan raya di Malaysia diberi nama bukan Melayu??? Contohnya Jalan Tun Sambanthan. Sebab inilah saya katakan dia orang ni bodoh, nama je graduan tapi otak udang.

Pihak berkuasa harus mengambil tindakan keatas GGMM kerana menghina bahasa kaum lain dan cuba mencetuskan konflik perkauman.

4 comments:

Awang Kata said...

Kamu tidak akan mengaku bodoh kalau aku kata jalan Tun Sambanthan pun boleh dan patut ditukar kepada nama Melayu. Kenapa tak boleh, dan itulah seharusnya.
Nama-nama orang Malaysia pun wajar ditukar kepada nama-nama berunsurkan Melayu. Indonesia boleh buat kenapa kita tak boleh.
Kita semua kan rakyat Melayu (Malaysia), bahasa kita pun bahasa Melayu (Malaysia).Itu kita kena sedar. bahasa ibunda kita semua bahasa Melayu. Itupun kalau kita akur dengan tanah air ini tanah air kita.Kamu tidak perkauman kan.
Jadi, kenapa perlu dirisaukan andai semuanya diubah kepada yang semuanya bercitra Melayu. Kerana itu yang sepatutnya.Kamu tidak perkauman kan...
Sekolah aliran cina dan tamil pun boleh dihapuskan kalau benar jujur tidak perkauman. Singapura tidak ada sekolah aliran kaum sedemikian.

Vj said...

Bagus awang. I like it. Maka semua rakyat Malaysia pun boleh dianggap sebagai bumiputra dan tak payah lagi lah ada hak-hak istimewa sebab dah semua istimewa. ;)

Faizal Riduan said...

Tuan,

Perihal nama Jalan Tun Sambathan itu masih dikira di dalam bahasa Melayu kerana itu adalah nama khas iaitu nama tokoh yang didedikasikan kepada nama jalan.

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

Vj said...

Terima kasih saudara. Sebenarnya tiada masalah bagi kami untuk mengunakan bahasa Melayu. Saya sendiri dapat A2 dalam SPM untuk subjek BM. Saya tidak rasa ganjil mempelajari bahasa melayu kerana saya dapati bahasa melayu memgandungi ratusan perkataan yang diambil terus daripada bahasa sanskrit dan tamil. ;)

Kita kena la lihat dimana papan tanda pelbagai bahasa sesuai digunakan. Kita menggalakkan pelancongan. Tak akan kita nak paksa juga pelancong mempelajari bahasa rasmi kita.

Ini adalah perkara remeh. Saya rasa orang Melayu perlu tumpukan perhatian kepada masalah yang lebih serius seperti kerosakan akhlak dan moral di kalangan masyarakat Melayu. Saya boleh lihat ramai saudara-saudara berbangsa Melayu mengambil nombor ekor di Magnum, Toto dan sebagainya. Ini lebih serius daripada papan tanda bukan???